IPOH, 14 Okt -- Orang ramai melakukan aktiviti senaman aerobik di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih sinonim dengan nama "Padang Polo" di sini, hari ini.Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan aktiviti senaman itu setiap hujung minggu kerana kedudukannya yang hampir dengan bandaraya ini.Tinjauan Bernama ke taman itu mendapati meskipun waktu hampir mencecah tengahari, namun masih ada lagi pengunjung pelbagai bangsa terus aktif bersenam dan berehat di bawah redup pohon yang mengelilingi taman berkenaan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA