PUTRAJAYA, 19 Okt -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (berdiri, tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang mewakili Pengarah MACA dan Pemangku Timbalan Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Samarajoo Manikam (duduk, kanan) dengan Polis Antarabangsa (Interpol) yang diwakili Pengarah Latihan dan Pembangunan Interpol Dale Sheehan (duduk, kiri) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.Turut menyaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (berdiri, kanan) dan timbalannya Datuk Abu Kassim Mohamed.MoU itu bagi mewujudkan dan memperkukuhkan usaha kerjasama mengenai pencegahan rasuah dan aktiviti berkaitan latihan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA