KUALA LUMPUR, 24 April -- Anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) melakukan demonstrasi evakuasi dalam situasi bencana semasa Ekspo Resilient Asia 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.Ekspo yang berlangsung dari 24 hingga 26 April ini menghimpunkan pakar pengurusan bencana dari dalam dan luar negara, mempamerkan teknologi terkini serta kaedah terbaik dalam mitigasi dan tindak balas bencana.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA