PUTRAJAYA, 19 Okt -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (tengah) menyaksikan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Pemangku Timbalan Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Samarajoo Manikam bertukar dokumen dengan Pengarah Latihan dan Pembangunan Polis Antarabangsa (Interpol), Dale Sheehan pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara MACA dengan Interpol di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.Turut sama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (kanan) dan timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri).MoU itu bagi mewujudkan dan memperkukuhkan usaha kerjasama mengenai pencegahan rasuah dan aktiviti berkaitan latihan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA