PUTRAJAYA,19 Okt -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (tengah) bersama Pengarah Latihan dan Pembangunan Polis Antarabangsa (Interpol), Dale Sheehan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (kanan) selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dengan Polis Antarabangsa (Interpol) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.MoU itu bagi mewujudkan dan memperkukuhkan usaha kerjasama mengenai pencegahan rasuah dan aktiviti berkaitan latihan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA