BESUT, 11 Okt -- Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Nawi Mohamad (kiri) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut mendapatkan khidmat daripada seorang petugas Telekom Malaysia (TM) Terengganu selepas merasmikan kenderaan perkhidmatan bergerak TM Terengganu menerusi kenderaan TM On Wheel yang berperanan meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan di negeri itu di sini, hari ini.Turut hadir Pengurus Besar TM Terengganu Azhar Omar (dua, kiri).TM On Wheel yang berharga RM300,000 akan menjalankan perkhidmatannya ke 48 lokasi di seluruh negeri bagi perkhidmatan seperti pembayaran bil , permohonan perkhidmatan telefon dan internet, membeli produk TM selain pembayaran bil setempat seperti elektrik dan air.TM mempunyai kira-kira 115,000 pelanggan kediaman dan komersil manakala 27,000 lagi ialah pelanggan internet di Terengganu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA