KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Datuk Azian Osman mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Armani Mahiruddin di Dewan Negara di sini, hari ini.Azian yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan malaysia pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Perak.Beliau adalah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad, ahli lembaga pengarah Perak Corporation Berhad dan Presiden Persatuan Bola Sepak Ipoh. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA