KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Tatang Razak (kanan) menceritakan sesuatu kepada Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan (tengah) dan Setiausaha Kehormat Islamic Information and Services Foundations (IIS) Sabariah Abdullah (kiri) selepas menerima sumbangan berjumlah RM13,100 daripada Nadzim di Kedutaan Indonesia di sini, hari ini.Sumbangan hasil kutipan daripada empat badan sukarela berkenaan akan diserahkan kepada waris pembantu rumah Indonesia Mantik Hani yang meninggal dunia akibat didera majikannya pada 26 Okt lepas.-- FotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA