KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee (kiri) mengiringi Ketua Deligasi Ahli Parlimen Bhutan, Ugyen Tenzin (kanan) semasa tiba di Parlimen di sini, hari ini.Ugyen bersama tiga lagi anggota Parlimen dan seorang pegawai Parlimen negara itu dalam lawatan kerja empat hari ke negara ini bermula semalam. Delegasi itu turut diberi taklimat mengenai pentadbiran Parlimen oleh Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamaruddin Mohd Baria petang tadi. Semasa di sini, deligasi itu akan dibawa melawat ke pusat pentadbiran negara termasuk di Putrajaya.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA