CAMERON HIGHLANDS, 10 Nov -- TARIKAN ALAM SEMULAJADI ... Pelancong yang ingin menikmati pemandangan dari puncak tertinggi, Gunung Irau yang mempunyai ketinggian 2032 meter dari paras laut, terletak di utara pekan Brinchang di sini merupakan destinasi paling sesuai.Gunung Irau atau lebih dikenali sebagai "Mossy Forest" merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling unik kerana ia penuh berlumut dari lantai trek ke puncak pokok.Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan antara 13-17 darjah Celcius dan pemandangan di sekitar hutan ini umpama sedang berada dalam Fangorn Forest dalam filem "Lord of The Rings".--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA