CAMERON HIGHLANDS, 10 Nov -- Taman Agroteknologi di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Cameron Highlands, terletak 1,400 meter dari paras laut di sini.Taman seluas 42 hektar itu dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Taman Inggeris (English Garden), Taman Herba, Taman Orkid, Taman Ros, Pusat Penyelidikan, taman sayur-sayuran, Pusat Maklumat Pelawat dan lain-lain lagi.Pusat penyelidikan ini juga berfungsi sebagai pusat kajian hasil pertanian dan melindungi tanaman dijangkiti penyakit dan diserang serangga perosak, serta mengkaji teknik pengurusan tanaman baru.Taman Agroteknologi MARDI dibuka untuk kunjungan pelawat dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad dengan mengenakan bayaran RM1.50 bagi pelajar dan RM3 bagi dewasa.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA