CAMERON HIGHLANDS, 10 Nov -- "Terowong Masa" ataupun lebih dikenali sebagai Galeria Time Tunnel mempamerkan koleksi barangan lama dan terletak di lokasi strategik di Jalan Sungai Burung, Brinchang di sini.Galeri persendirian ini mula beroperasi pada Januari 2007, dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang kepada pelawat, dan menempatkan lebih 1,000 jenis barangan dengan maklumat sejarah pembangunan Cameron Highlands sejak dari awal lagi dibingkaikan.Selain daripada rakaman gambar-gambar pembinaan di sekitar Cameron Highlands, barangan antik berusia lebih 100 tahun yang pernah digunakan oleh pengunjung pada suatu masa dahulu juga menjadi bahan pameran.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA