BANDAR HILIR, 11 Nov -- Presiden China Hu Jintao dan isteri Liu Yongqing diiringi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat semasa lawatan ke Masjid Selat di sini, hari ini.Ini merupakan lawatan kedua Hu ke negara ini, selepas melawat Malaysia sebagai Naib Presiden pada Mei 2002.Lawatannya juga bersempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA