KANGAR, 3 Nov -- Bekas pengarah sebuah syarikat pemaju, Koo Kok Bun, 52 (kanan), ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku tidak bersalahatas tuduhan di bawah Akta Syarikat berhubung kontrak pembinaan projek perumahan bernilai RM1.6 juta, tujuh tahun lepas.Dia bersama seorang lagi pengarah Penasuria Corporation Sdn Bhd ,Lee Yew Kay, 50, didakwa tidak jujur sehingga membawa keuntungan peribadi kepada mereka dalam perjanjian dengan syarikat Isuretek Construction. Hakim menawarkan jaminan sebanyak RM3,500 ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA