KUALA TERENGGANU, 16 Nov -- Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Jaafar Ismail (kanan) bertanya sesuatu kepada pelajar yang ponteng sekolah di sini, hari ini.Seramai 11 pelajar dari Sekolah Menengah Telemong, Hulu Terengganu ponteng sekolah ditahan oleh pegawai dari pejabat pelajaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Sulaiman hasil maklumat orang awam.Mereka terdiri daripada pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Rabu ini mendakwa telah diberikan kebenaran oleh pihak sekolah selain untuk menenangkan fikiran menjelang peperiksaan. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA