PULAU PINANG, 20 Nov -- Ketua Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, M.Guna Selan (tengah) dan pegawainya memeriksa beberapa unit CPU dan peralatan komputer yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar di sini, hari ini.Barang rampasan yang bernilai RM61,000 itu merupakan hasil serbuan di sebuah kafe siber di Bukit Mertajam di sini, semalam.Serbuan terhadap kafe siber itu merupakan yang pertama dalam inisiatif Sikap Tulen Kafe Siber di Pulau Pinang tahun ini bagi mencegah penggunaan perisian yang tidak dilesenkan dan tidak tulen.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA