LUMUT, 21 Nov -- Beginilah keadaan sebuah kuari di Jalan Teluk Muroh-Teluk Batik di sini, yang runtuh Khamis lepas dan menyebabkan seorang pekerja maut.Dalam kejadian itu, mangsa yang maut Md. Soyad Mia, 31, yang berasal dari Bangladesh sedang membaiki jentera pengorek itu bersama seorang lagi pekerja manakala dua yang lain sedang bekerja di kawasan bukit kuari.Mayat mangsa ditemui pukul 10.15 pagi tadi dalam keadaan tertirap berdekatan dengan jentera pengorek.--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPERLIHARA