KUALA LUMPUR, 29 Dis -ââââÅ¡¬œ Kelincahan jemari Linda Angik (kanan) menganyam daun kelapa untuk menghasilkan tempok, aksesori kepala masyarakat Orang Asli, mencuri tumpuan pengunjung di Festival Irama Asli & Asal 2025 baru-baru ini.Dalam tempoh kira-kira 10 minit, wanita Orang Asli daripada suku kaum Temiar itu berjaya menyiapkan sehelai tempok yang mudah dibuat.Proses pembuatan bermula dengan dua helai daun yang disilangkan membentuk huruf X sebelum dilipat menjadi bentuk V, diselit ke bahagian tengah dan disambung satu demi satu helaian sehingga membentuk lilitan kepala.Gerakan tangan yang teratur dan berulang itu memperlihatkan ketelitian seni anyaman tradisional yang masih diamalkan dalam komuniti Orang Asli.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA