KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Pelanggan-pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan di pusat penjagaan kecantikan dan pelangsingan badan "Bizzy Body" di sini, baru-baru ini.Bizzy Body yang ditubuhkan oleh seorang graduan pentadbiran perniagaan Yap Yann Fang sejak 2005, menawarkan program di mana klien tidak perlu bayar berdasarkan jumlah sesi yang dilalui sebaliknya berdasarkan kepada 'hasil' atau keputusan yang dicapai.Selain Bizzy Body Yap juga membuka satu lagi pusat penjagaan kecantikan iaitu 'Facial First' pada awal tahun ini.Mulai tahun depan, Bizzy Body dan Facial First dijangka membuka tiga cawangan di Singapura serta lima di China sekaligus dalam lima tahun akan datang ianya akan 'membuka pintu' di negara lain seperti Hong Kong, Thailand, Indonesia dan Asia Barat.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA