KUALA LUMPUR, 10 Dis -- MUSIM BERKHATAN ... Sebuah klinik di Wangsa Maju di sini antara yang mempromosikan perkhidmatan berkhatan sepanjang cuti persekolahan ini.Kain rentang tertera "Sudah Potong?" yang dipasang di hadapan klinik itu nyata menarik perhatian ibu bapa yang berhasrat mengkhatankan anak lelaki masing-masing.Buktinya seramai 14 budak lelaki dikhatankan di klinik itu setiap hari sejak cuti persekolahan bermula pada pertengahan bulan lepas.Kelihatan seorang bapa menemani anaknya yang sudah dikhatankan beredar dari klinik itu hari ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA