KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Anggota Dewan Perniagaan dan Industri Wanita Islamabad Mumtaz Akhtar menunjukkan cenderamata buatan Pakistan sempena "Women of NAM: A Thousand Faces" yang berlansung baru-baru ini.Beliau yang berada di Malaysia buat pertama kali berkata kini wanita Pakistan dibenarkan merantau berseorangan dengan kerap berbanding sebelum ini.Pameran "The Women of NAM: A Thousand Faces" yang dianjurkan Institut Pergerakan Negata-negara Berkecuali (NAM) bagi Memperkasa Wanita (NIEW) membayangkan kepelbagaian dan cabaran yang dihadapi wanita di negara-negara NAM dalam isu, seperti politik, ekonomi, pendidikan, media, keganasan terhadap wanita dan kesihatan serta pengurusan krisis.Selain daripada UAE, Pakistan dan Uzbekistan, negara-negara NAM yang turut mengambil bahagian ialah Yemen, Afrika Selatan dan Malaysia bersama 27 agensi termasuk NAM News Network.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA