LANGKAWI, 7 Dis -- SEGAR ... Pengurus Stesen Mardi Langkawi, Hassim Mat melihat buah anggur yang menjadi tarikan baru kepada pelancong tempatan di Taman Agro Teknologi Mardi di sini, hari ini.Taman seluas lebih 25 hektar mula dibangunkan sebagai stesen penyelidikan pada Ogos 1990 dan dikenali sebagai Taman Agro Teknologi pada Julai 2005.Pelancong yang berkunjung ke taman itu berpeluang melawat serta memetik sendiri buah-buahan yang ditanam oleh Mardi.Mengikut rekod kedatangan pelancong ke taman itu meningkat kepada 32,000 orang dalam tempoh10 bulan pertama tahun ini berbanding 25,000 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA