MELAKA, 13 Dis -- Pengusaha Bengkel Usahajaya Kraftangan dari Sarawak, Missiah Dan menunjukkan kepakarannya menganyam tikar bergerang (berkerawang) di gerai Kraftangan Malaysia pada Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.Anyaman itu banyak diusahakan oleh masyarakat melayu Sarawak yang merupakan satu daripada teknik anyaman tikar yang halus berbanding dengan anyaman kelarai. Gerang Jambatan, gerang punca rebung dan gerang pedang merupakan motif tradisional yang sering menjadi ragam hias tikar anyaman bergerang. Tikar itu digunakan sebagai tikar sembahyang, hamparan semasa majlis perkahwinan dan menyambut kelahiran bayi.Seramai 537 pengusaha menyertai SDSI yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan berakhir hari ini. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA