IPOH, 6 Dis -- Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Zainol Padzi Paharuddin (dua, kiri) bersalaman dengan wartawan Berita Harian, Feroz Abu Bakar sambil diperhatikan oleh anggota media lain yang menyertai Pertandingan Boling Terbuka Kolej Cosmopoint di sini, hari ini.Turut hadir Ketua Biro BERNAMA Perak, Zabidi Osman (kanan), Penolong Ketua Biro Utusan Malaysia, Zaini Raban (tiga, kanan), Wartawan BERNAMA, Pilus Abu (empat, kanan) dan Ketua Biro Berita Harian Perak, Ridzuan Yop (tiga, kiri).Acara tahunan itu diadakan bagi merapatkan hubungan diantara pelajar dan kakitangan pengurusan kolej dengan peserta lain daripada pelbagai agensi kerajaan yang dijemput menyertai kejohanan itu.--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPERLIHARA