PUTRAJAYA, 1 Dis -- Notis pemberitahuan hari, waktu operasi dan kadar bayaran lot parkir ditempatkan di kawasan parkir Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.Perbadanan Putrajaya (PPj) mula mengenakan caj bayaran untuk lot parkir di kawasan Kompleks Pejabat Kerajaan di Presint 1 dan Presint Diplomatik mulai hari ini.Ia melibatkan 386 lot parkir di sekitar Kompleks Perdana Putra, Laman Perdana, Kompleks B dan Kompleks C di Presint 1, manakala 559 lot di Presint Diplomatik. Langkah ini bertujuan untuk mengawal orang ramai yang meletak kereta di merata-rata tempat serta memudahkan pelawat untuk mendapatkan lot parkir di sekitar kompleks berkenaan. Di samping itu, penguatkuasaan ini dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan lot parkir dan kesesakan lalulintas yang kian meruncing di kawasan Kompleks Pejabat Kerajaan di Putrajaya. Kawasan lot parkir berbayar ini beroperasi pada setiap hari bekerja, mulai 8 pagi sehingga 6 petang dengan kadar bayaran sebanyak RM0.50 setiap jam bagi parkir jenis 'Pay & Display' dan RM1.00 setiap jam (bagi jenis parkir terkawal/tertutup).--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA