KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ahli Kumpulan Sheng Wai Lion Dance tekun menjalani latihan intensif sebagai persiapan menjelang persembahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang kian menghampiri.Di Malaysia, tarian singa dan naga menjadi antara nadi utama kemeriahan Tahun Baharu Cina. Persembahan ini menghiasi pusat membeli-belah, premis perniagaan dan kediaman persendirian, sekali gus menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum yang teruja menyaksikan keindahan gerak tari, ketangkasan akrobatik serta simbolisme budaya yang sarat makna.Walaupun sinonim dengan musim perayaan, kumpulan yang berpangkalan di Kepong, Kuala Lumpur itu berlatih sepanjang tahun tanpa henti. Disiplin berterusan ini memastikan tahap kemahiran sentiasa cemerlang selain mengekalkan stamina dan kecergasan fizikal setiap ahli.Sheng Wai, yang membawa maksud ÒkemenanganÓ dan ÒkekuatanÓ, kini mengadakan persembahan dua hingga tiga kali seminggu sejak kebelakangan ini. Kumpulan berbilang kaum itu dianggotai kira-kira 50 ahli terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu, dengan lebih separuh daripadanya berusia 20 tahun ke bawah Ñ mencerminkan kesinambungan warisan seni tradisi dalam kalangan generasi muda.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARAKUALA LUMPUR, Feb 14 -- Members of the Sheng Wai Lion Dance troupe undergo intensive training as they prepare for upcoming performances ahead of the Chinese New Year celebration.In Malaysia, lion and dragon dances form the vibrant heartbeat of Chinese New Year festivities. The performances enliven shopping malls, business premises and private residences, drawing multiracial crowds eager to witness the graceful movements, acrobatic precision and rich cultural symbolism of this traditional art form.Although closely associated with the festive season, the Kepong-based troupe trains year-round with unwavering discipline. This sustained commitment keeps their performance standards high while ensuring strength, stamina and physical fitness remain at peak levels.Sheng Wai, which means ÒvictoryÓ and ÒstrengthÓ, currently stages two to three performances a week in recent weeks. The multiracial troupe comprises about 50 members from the Chinese, Indian and Malay communities, with more than half aged 20 and below Ñ reflecting the continued preservation of this cultural heritage among the younger generation.-- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED