KOTA KINABALU, 29 Dis -- Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia David Gachoki Njoka bersalaman dengan Pengurus Besar Bernama Hasnol Hassan (kanan) yang ditugaskan sebagai pegawai pengiring sempena lawatan pesuruhjaya tinggi itu ke Sabah.Sejurus tiba, beliau dibawa ke majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat kebangsaan di Padang Merdeka, dekat sini.Pelancaran Rumah Terbuka Krismas itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Njoka, yang berada di sini selama tiga hari, dijangka pulang ke Kuala Lumpur Khamis ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA