KUCHING, 21 Dis -- CERIA ... Bisau Anak Sakam, 59, ceria ketika melihat jumlah pampasan yang dibayar kepadanya selepas majlis penyampaian cek pampasan tanah bagi projek Empangan Bengoh dan tapak pertanian di Jalan Bau-Semadang dekat sini, hari ini.Cek disampaikan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.Pampasan berjumlah RM4.99 juta itu diagihkan kepada 303 penduduk yang terlibat dari Kampung Giam, Kampung Taba Sait, Kampung Pain Bojong, Kampung Rejoi, Kampung Semadan dan Kampung Semban.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA