KUCHING, 6 Dis -- Peniaga Anen Anak Nabeb, 55, dari Bau menunjukkan buah Asam Paya yang dikutip di kawasan perkampungan Bukit Sekibang menjadi barangan jualannya di Pasar Minggu Satok ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini, hari ini.Buah ini dijual pada harga RM4 sekilo.Buah ini sukar didapati kerana hanya terdapat di hutan dan berpaya malah buah asam ini sukar untuk diambil berikutan pokoknya berduri.Asam paya ini juga antara salah satu tarikan pengunjung ke pasar itu yang beroperasi dari pukul 8 pagi hari Sabtu hingga pukul 2 petang hari berikutnya.Pasar Minggu Satok sememangnya terkenal dengan pelbagai hasil tanaman sayuran, buah-buahan, hasil sungai dan ternakan mahupun hasil hutan dan laut semuanya terdapat di pasar ini.Selain itu terdapat juga barangan kraftangan dan cenderahati turut menjadi pilihan pengunjung.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA