KUALA LUMPUR, 3 Jan -- Inilah kapal yang akan membawa 220 lori dan 15 ambulans yang sarat membawa bantuan kemanusiaan, pelajaran dan bekalan perubatan konvoi Viva Palestina dari Pelabuhan Latakia ke Pelabuhan El-Arish di Mesir di sini.Konvoi itu berlepas dari London pada 6 Dis lepas dan mengikut perancangan awal dijangka tiba di Gaza pada 27 Dis lalu, genap setahun selepas kekejaman rejim zionis membunuh rakyat Palestin.Konvoi itu bermatlamat untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1 juta dengan selamat kepada rakyat Palestin di Gaza.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA