KUALA LUMPUR, 28 April -- Pengasas bersama Buah Klub, Muhammad Azlan Nasrin Mohd Nazree dan Hany Liyana Mohd Masri bergambar bersama fruit platter yang dihasilkan mereka ketika ditemui Bernama di kediaman mereka di Jalan Kuching baru-baru ini. Perniagaan yang bermula daripada minat anak terhadap buah-buahan itu kini berkembang serta membantu orang ramai menjana pendapatan menerusi Buah Klub Academy.Mereka berjaya mengembangkan perniagaan fruit platter premium serta membimbing lebih 600 pelajar menjana pendapatan sendiri, selain mendapat kepercayaan pelanggan korporat dan berprofil tinggi.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA