KOTA KINABALU, 3 Feb -- Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (dua, kiri) berkata sesuatu kepada wakil syarikat kontraktor yang gagal menyiapkan kerja Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kionsom, Inanam di sini, hari ini.Kementerian itu hari ini memberi tempoh dua bulan kepada sebuah syarikat pemaju perumahan untuk menyambung semula kerja-kerja membina 775 unit rumah kos rendah di bawah PPR di Bukit Padang.Mengenai projek PPR yang terbengkalai di Kionsom itu, Lajim berkata beliau tidak berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai oleh kontraktor baru untuk menyiapkan 1,000 unit rumah tiga bilik itu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA