KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menyerahkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama, Petaling Jaya, Muhammad Raizan Ab Rahman selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu dan anugerah pelajar cemerlang di Dewan Besar Majlis Perperiksaan Malaysia di Selayang dekat sini, hari ini.Turut sama ibu dan bapa Raizan, Ab Rahman Kasim dan Rahimah Husain (berdiri, kiri).Muhammad Raizan merupakan pelajar cemerlang bagi kategori calon istimewa dengan memperolehi 3A.Muhammad Raizan turut menerima cek RM1,000 dan plak penghargaan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA