KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Antara tujuh belas laluan pandu sendiri yang dipromosikan melalui laman perancang kembara ini dan dimasukkan di dalam permainan kembara maya, termasuk laluan yang lazim digunakan seperti perjalanan dari Melbourne ke Adelaide melalui perjalanan 'Great Ocean Road', 'Sydney and Surrounds', 'Queensland's Great Sunshine Way','Great Southern Touring Route'di Victoria dan laluan 'Capital and Country Touring Route' yang merentasi sempadan tiga buah negeri.Warga Malaysia berpeluang sehingga 4 Mac, untuk menjadikan pengembaraan maya mereka di Australia benar-benar menjadi realiti, dengan menyertai permainan dalam talian 'Ultimate Aussie Road Trip' menerusi www.australianroadtrips.com/game.Permainan ini dianjurkan Tourism Australia sebagai sebahagian daripada kempen 'Great Australian Journeys' yang bertujuan mempromosi percutian pandu sendiri di Australia.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA