PULAU PINANG, 7 Feb -- Tokong Kek Lok Si dihiasi dengan lampu berwarna-warni sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.Sebanyak 10,000 tanglung dan 230,000 lampu berwarna-warni menghiasi tokong berusia 119 tahun yang dibina di atas bukit Air Itam bagi menyambut Tahun Baru Cina pada 14 Feb ini.Upacara menyalakan lampu tanglung itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.Tokong itu akan diterangi dengan cahaya lampu berwarna-warni sehingga hari Chap Goh Meh iaitu pada 28 Feb ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA