KINABATANGAN, 14 Jan -- Suasana panorama di puncak Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan ketika tinjauan Bernama baru-baru ini.Keunikan muzium tapak ini bersandarkan kepada penemuan lebih 125 buah keranda diperbuat daripada kayu belian yang tersusun rapi di tiga gua utama iaitu Agop Sawat (Gua Atas), Agop Litanga (Gua Tengah) dan Agop Suriba (Gua Bawah).Terletak pada ketinggian 39 Meter, gua batu kapur Agop Batu Tulug bukan sekadar tapak sejarah yang menyimpan keranda kayu balak purba, malah kini muncul sebagai antara produk pelancongan utama di daerah ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA