PULAU PINANG, 7 Feb. --Tokong Kek Lok Si dihiasi dengan lampu berwarna-warni sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.Sebanyak 10,000 tanglung dan 230,000 lampu berwarna-warni dihiasi di tokong berusia 119 tahun yang terletak di atas bukit Air Itam bagi menyambut Tahun Baru Cina pada 14 Feb ini.Upacara menyalakan lampu tanglung itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.Kek Lok Si akan diterangi dengan lampu berwarna-warni sehingga perayaan Chap Goh Meh iaitu pada 28 Feb ini.Kelihatan orang ramai mengunjungi tokong itu untuk melihat pesta lampu.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA