BETONG, 4 Feb -- Pengurus Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Sarawak, Adeyong Tomick (kiri) bersama petugas FAMA menunjukkan antara buah tempatan hasil FAMA yang dijual pada harga murah di tapak ekspo sempena majlis pelancaran Program Peningkatan Pendapatan peringkat Kebangsaan di pekan Pusa di sini, hari ini.Program itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.FAMA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertanggungjwab membantu memasarkan hasil pertanian daripada berskala kecil kepada besar samada dari kampung atau bandar di seluruh negara.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA