KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Kasut pelanggan dicuci dengan menggunakan sabun dan mesin khas ketika ditemui Bernama di kedai perkhidmatan dobi kasut "X'press Shoes Laundry" baru-baru ini. Diusahakan oleh Alastair Louis, 35, sejak hampir dua tahun lepas, anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini berkata idea perniagaan itu tercetus berdasarkan pengalamannya yang berdepan kesukaran untuk membawa banyak kasut ketika bertugas di luar kawasan. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA