KUALA KEDAH, 18 Mac -- PANAS MELAMPAU ... Negara kini mengalami cuaca panas melampau dengan suhu mencecah sehingga 38 darjah Celsius dan keadaan sebegini turut menyebabkan tumbuhan layu kekeringan serta beberapa parit dan tali air kering kontang.Gambar ini dirakam semasa tinjauan fotoBERNAMA ke kampung Teluk Talepon, di sini petang ini.Kelihatan dua budak lelaki Azman Fazir,13, (kanan) dan kawannya Mohd Hambali Zulkifli,14, melihat tempat mereka mandi dahulu sebelum parit itu kering sejak sebulan lepas.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA