SUNGAI BULOH, 23 Mac -- Pengusaha bantal kekabu Hamidin Konil (kiri) menunjukkan bantal kekabu di gerainya di sini, hari ini.Hamidin, 62, yang telah mengusahakan hampir 10 tahun membuat bantal kekabu berkata bantal kekabu menandingi bantal moden yang diperbuat daripada foam, span, getah dan polisterin.Beliau dengan dibantu anaknya Zarina Hamidin, 32, membuat dan menjual bantal dan tilam kekebu juga sedia menerima tempahan bagi kegunaan majlis perkahwinan dan lain-lain.Masalah sakit dan lengoh-lengoh tengkuk dapat diatasi dengan penggunaan bantal kekabu kerana bantal ini lembut serta melancarkan perjalanan darah semasa tidurBantal ini juga tahan lebih lama selepas dijemur akan mengembalikan bentuk asalnya.Bantal ini lebih selesa terutama diwaktu sejuk atau hujan kerana ia dapat mengekalkan suhu badan dan ia amat berguna dalam menstabilkan ekologi sistem badan.Sebiji bantal dijual antar RM15 hingga RM25 dan sebidang tilam kekebu dijual antar RM120 hingga RM140 .Dengan meraih jualan bersih lebih RM seribu sebulan ia menjadi sumber pendapatan utama menyara keluarga.Menurut Hamidin selain bekalan kekabu tempatan ia juga mendapat bekalkan dari Dumai, Sumetera kerana ianya lebih murah dan mutunya lebih baik.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA