LANGKAWI, 15 Mac -- TEMPAT KEJADIAN... Seorang daripada nelayan yang menyelamatkan mangsa, Adnan Said, 57, (kiri) menunjukkan tempat pesawat ringan Diamond (DA40) melakukan pendaratan cemas di perairan berhampiran Mes Pegawai Polis Pasir Hitam, Ayer Hangat berhampiran pangkalan nelayan Pasir Hitam di sini hari ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, juruterbang dan pelatih dari Sekolah Penerbangan HM Aerospace yang menaiki pesawat ringan berkenaan untuk sesi latihan terselamat selepas melakukan pendaratan cemas kira-kira 100 meter dari pantai.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA