KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Para penari Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mempersembahkan beberapa jenis tarian zapin pada acara `Main Zapin' anjuran ASWARA di Panggung Eksperimen di sini, hari ini.Beberapa jenis tarian zapin dipertontonkan kepada orang ramai antaranya Zapin Pekan (Pahang), Zapin Parit Mastar (Pontian, Johor), Zapin Padang Sari (Batu Pahat, Johor), Zapin Salor (Kelantan), Zapin Terengganu, Zapin Suara Siam (Sabah), Zapin Sebat (Sarawak), Zapin Pekajang (Gelang Patah, Johor), Zapin Tanjung Labuh (Batu Pahat, Johor), Zapin Dayung (Kluang, Johor), Zapin Mahpom (Muar, Johor) dan Zapin Putar Alam (Johor).Tarian zapin ini mempunyai pelbagai rentak termasuk pergerakan kaki, tangan dan lenggok tubuh serta mempunyai penceritaannya yang tersendiri berkaitan kaum nelayan, petani terutama berkisar kisah muda mudi mencari pasangan dan cinta.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA