KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ahli Kumpulan Sheng Wai Lion Dance duduk berehat seketika ketika menjalani latihan intensif sebagai persiapan menjelang persembahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.Di Malaysia, tarian singa dan naga merupakan antara elemen utama yang menceriakan perayaan Tahun Baharu Cina. Persembahan ini lazimnya diadakan di pusat membeli-belah, premis perniagaan dan kediaman persendirian, menghimpunkan orang ramai yang teruja menyaksikan keindahan gerak tari, ketangkasan serta keunikan seni tradisi berkenaan.Walaupun sinonim dengan musim perayaan, kumpulan yang berpangkalan di Kepong, Kuala Lumpur itu meneruskan latihan sepanjang tahun. Komitmen berterusan ini memastikan tahap kemahiran sentiasa berada pada tahap optimum di samping mengekalkan kecergasan fizikal setiap ahli.Sheng Wai, yang membawa maksud ÒkemenanganÓ dan ÒkekuatanÓ, kini mengadakan persembahan dua hingga tiga kali seminggu sejak kebelakangan ini. Kumpulan berbilang kaum itu dianggotai kira-kira 50 ahli terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu, dengan lebih separuh daripadanya berusia 20 tahun ke bawah.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARAKUALA LUMPUR, Feb 14 -- Members of the Sheng Wai Lion Dance troupe take a short break during an intensive training session as they prepare for upcoming performances ahead of the Chinese New Year celebration.In Malaysia, lion and dragon dances are key elements that enliven the Chinese New Year festivities. The performances are commonly staged at shopping malls, business premises and private residences, drawing crowds eager to witness the beauty, agility and uniqueness of the traditional art form.Although closely associated with the festive season, the Kepong-based troupe trains throughout the year. This continuous commitment ensures their skills remain at an optimum level while maintaining physical fitness.Sheng Wai, which means ÒvictoryÓ and ÒstrengthÓ, currently stages two to three performances a week in recent weeks. The multiracial troupe comprises about 50 members from the Chinese, Indian and Malay communities, with more than half aged 20 and below.--fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED