KOTA KINABALU, 16 Mac -- JUARA DEBAT ... Para pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu (dari kiri) Ammar Redza Ahmad Rizal,Mohd Syamsul Salleh, Amirrudin Abdul Rahman dan Cecilia Evelyn Cornelius bersama piala kemenangan selepas diumumkan sebagai juara Pertandingan Debat Perdana Integriti 2010 antara Institut Pengajian Tinggi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.Pertandingan ini merupakan anjuran kali keenam oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang turut disertai oleh 27 pasukan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta negara.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA