IPOH, 11 Mac -- Tan Bing-Xuan,15, (kiri) menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehinya sambil ditemani ibu, Lee Wai Leng (kanan) selepas sidang media pengumuman keputusan peperiksaan tersebut di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh di sini, hari ini.Tan Bing-Xuan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ave Maria Convent, Ipoh memperolehi (8A+, 2A) .Beliau turut menerima anugerah pelajar Berkeperluan Khas Cemerlang oleh Pengarah Pelajaran Perak Mohd Radzi Abd Jabar.Tan menghidap penyakit 'Generalised Dystonia' ketika berumur 10 tahun sehingga menyebabkan saraf pergerakannya tidak dapat dikawal, ototnya mengecut dan mengubah kedudukan susuk tubuhnya.Seramai 57 orang calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan telah menduduki peperiksaan SPM 2009.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA