RAWANG, 2 Jan -- Nur Shakila Ismail (tengah) tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas sesi penyerahan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kediaman mereka di Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini.Penantian tujuh beradik untuk memiliki dokumen pengenalan diri berakhir apabila menerima kad pengenalan secara daftar lewat di kediaman mereka di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini. Mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu menerima kelulusan permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran pada 8 Dis diikuti kelulusan Daftar Lewat Kad Pengenalan pada 23 Dis 2025.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA