JOHOR BAHARU, 19 Mac -- Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Saifi Abdul Hamid menunjukkan parang yang dirampas daripada dua lelaki dipercayai terlibat dengan kes samun bersenjata ketika sidang media di Balai Polis Johor Jaya, di sini hari ini.Kedua-dua suspek yang berumur antara 35 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira 6 pagi tadi selepas dikejar oleh anggota peronda polis selama sejam setengah dari kawasan Pandan hingga ke Taman Daya, di sini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA