KOTA BAHARU, 3 Mac -- Penjual ikan di Pasar Siti Khadijah Deraman Muhamad, 60, melayan pelanggan yang datang ke gerainya sebaik sahaja memulakan perniagaan hari ini.Semalam para peniaga ikan di pasar itu bertekad untuk tidak membuka perniagaan sebagai tanda protes terhadap arahan penggunaan Kotak Berinsulasi Bergred Makanan oleh kerajaan yang bermula 1 Mac.Bagaimana pun isu itu dianggap selesai hari ini menerusi kata sepakat antara kerajaan dan Anggota Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA