KUALA LUMPUR, 7 April -- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (sembilan kanan) ketika sesi penyerahan replika cek kepada para rakan industri selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.Persidangan ini bertujuan untuk mengetengahkan projek-projek PPRN berimpak tinggi yang telah berjaya menyelesaikan permasalahan industri serta mempamerkan sumbangan penyelidikan dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing syarikat. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA